Laman Ilmu Bahasa

Peti Surat 60847, 91117 Lahad Datu Sabah.
Tel : 089-871101 Fax : 089-871102
Sebarang persoalan mengenai halaman web ini boleh dikemukakan kepada
webmaster menerusi e-mail : webmaster@smktunku.edu.my

sabros@tm.net.my
Copyright 2009 sabros. All rights reserved

Selamat Datang ke Laman Portal Ilmu.Diharap Para Pelajar Memperoleh Maklumat Berguna di Laman Ini.

RINGKASAN KARANGAN

JAWAPAN RINGKASAN

Sumber Bahan : Encik Mustapa/ Guru BM Lahad Datu

Latihan 3          : Bahagian A(i) : Ringkasan

 Baca petikan di bawah  dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara  meningkatkan tahap kesihatan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 Text Box:             
Kesihatan amat penting kepada manusia. Kekayaan yang melimpah-ruah atau pangkat yang tinggi  tidak berguna jika tubuh kita menanggung  pelbagai penyakit.  Kita mestilah menjaga kesihatan kerana jika kesihatan kita terjejas, usaha untuk memulihkannya mungkin agak sukar dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
                Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa makanan sangat penting kepada kita.  Kita perlu makan untuk hidup tetapi janganlah kita makan mengikut rasa dan selera sehingga menimbulkan mudarat kepada badan.  Kita mesti mengambil makanan seimbang setiap hari.  Makanan seimbang mengandungi semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan.  Selain makan daging atau ikan, kita perlu juga makan sayur-sayuran serta buah-buahan.  Masalahnya, pada masa ini ramai orang, khususnya remaja dan kanak-kanak tidak suka makan sayur-sayuran atau buah-buahan.  Mereka lebih meminati coklat atau aiskrim yang mengandungi lemak dan boleh menyebabkan kegemukan.  Pengetahuan tentang piramid makanan boleh membantu kita menguruskan pengambilan makanan yang betul.
 
                Kita juga perlu memastikan kebersihan makanan yang dimakan.  Makanan yang dihidangkan hendaklah sentiasa tertutup daripada habuk dan tidak dihinggapi lalat.  Makanan yang kotor atau yang telah tercemar boleh menyebabkan keracunan.  Dalam kalangan remaja zaman sekarang, menikmati makan segera di restoran makanan segera sudah menjadi seperti satu kemestian.  Makanan di restoran berkenaan memang sedap tetapi di sebalik kesedapan itu tersembunyi kesan sampingan yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.  Makanan segera seperti ayam goreng atau kentang goreng perlu dikurangkan kerana mengandungi lebihan garam dan lemak yang akan menyebabkan penyakit darah tinggi dan sakit jantung.
 
                                Kita perlu juga melakukan senaman untuk meningkatkan tahap kesihatan.  Tujuan kita bersenam adalah untuk mengeluarkan peluh yang mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan.  Untuk bersenam atau mengeluarkan peluh, kita tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.  Cara mengeluarkan peluh yang paling mudah adalah berjoging.  Pemeriksaan doktor secara berkala juga perlu bagi memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang baik.  Melalui pemeriksaan doktor, kita mungkin dapat mengesan sebarang penyakit yang baru hendak bermula.  Dengan itu langkah pencegahan akan lebih mudah.  Masalah yang kerap timbul ialah kebanyakan orang bertemu dengan doktor setelah penyakit sudah berada di peringkat kronik.  
                Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang tidak dapat dijual beli.  Kita perlu sentiasa prihatin terhadap tahap kesihatan kita.  Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat penyakit.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Bahagian A(ii): Pemahaman

 

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 1.  Apakah maksud rangkai kata Pemeriksaan doktor secara berkala?                                         (2 markah)

 2.  Berdasarkan petikan, nyatakan empat jenis makanan yang disukai oleh golongan remaja.                                                                                                                                                                                                    (4 markah)

 3.  Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menggalakkan masyarakat mementingkan

     penjagaan kesihatan?                                                                                                                           (4 markah)

 

 Latihan 4          : Bahagian A(i) : Ringkasan

 Baca petikan di bawah  dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang  ancaman yang dihadapi oleh sistem ekologi dunia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 Text Box:  
 
 
 
 
            
            Sistem ekologi dunia kini terancam. Pencemaran alam sudah berada pada tahap yang serius dan mencemaskan manusia. Suhu dunia semakin meningkat. Masalah ini ditambah pula dengan kejadian hujan asid akibat pembebasan gas berbahaya  ke udara dan pelbagai  fenomena ganjil lain yang terus  membimbangkan kita. Selain itu, penipisan lapisan ozon juga semakin ketara akibat  penguraian  kloroflorokarbon(CFC). Isu penipisan ozon sering  diperkatakan kerana kerosakan  tersebut sukar dibaiki atau ditebus kembali sekira
nya langkah-langkah pengawalan tidak dijalankan.
 
                Hutan berperanan untuk memulihara alam sekitar dengan menentukan  keseimbangan suhu bumi. Namun, hutan juga  diancam kemusnahan.Kemusnahan hutan berlaku akibat penebangan hutan  yang berleluasa tanpa perancangan yang sistematik. Tindakan manusia yang terlalu tamak itu juga akhirnya menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan. Ancaman terhadap alam semakin dirasai dan dan disedari oleh masyarakat umum berdasarkan pengalaman negara-negara Barat. Itulah sebabnya  pelbagai bentuk kempen  yang menelan belanja berhuta-juta ringgit dilancarkan oleh kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan(NGO) semata-mata  untuk menyelamatkan  saki-baki hutan yang tidak terusik di seluruh dunia.
 
                Kesan rumah kaca, selain disebabkan pembebasan gas karbon dioksida secara berlebihan ke udara, berkait rapat juga dengan jumlah hutan  yang semakin berkurangan. Gas karbon dioksida yang bebas akibat  daripada pembakaran  bahan api fosil ditukarkan  kepada o
ksigen  dan ksida yang memenuhi ruang atmosfera bumi. 
                matahari memancarkan sebahagian cahayanya dalam bentuk sinar ultraungu ke bumi. Dengan penipisan lapian ozon, jumlah sinar ultraungu yang sampai ke permukaan bumi kian meningkat. Gas karbon dioksida yang semakin bertambah di ruang atmosfera bumi tidak dapat menyerap sianaran ultraungu ini. Hanya sejumlah kecil sinar ultraungu  yang diserap oleh permukaan bumi, sementara selebihnya memantul semula dalam bentuk sinar ultramerah yang mengandungi aras tenaga haba yang tinggi. Gas karbon diaosida akan memerangkap sinar  ultramerah keluar dari ruang udara bumi. Haba yang  terperangkap  menjadikan  bumi seolah-olah sebuah rumah kaca yang menerima  pancaran matahari, tetapi tidak berupaya  membebaskan  tenaga  haba yang diperoleh.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  
Bahagian A(ii): Pemahaman

 

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

1.  Apakah maksud frasa penipisan lapisan ozon?                                                                (2 markah)

 2.  Berdasarkan petikan, mengapakah berlakunya kesan rumah kaca?                                                                                                                                                                             (4 markah)

 3. Pada pendapat anda, apakah peranan masyarakat dalam usaha mengekalkan keseimbangan ekologi   dunia?                                                                                                                                      (4 markah)

 

 Latihan 6          : Bahagian A(i) : Ringkasan

 Baca petikan di bawah  dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang  kesan-kesan yang wujud akibat penyalahgunaan dadah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 Text Box:             
            Penemuan dadah pada mulanya memberikan manfaat yang besar dalam dunia perubatan. Kajian demi kajian telah dilakukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah. Sebagai hasil kajian-kajian tersebut, muncullah pelbagai jenis dadah seperti morfin, heroin, dan kokain. Walaupun bermanfaat dadah juga dapat mengakibatkan pelbagai keburukan apabila penggunaannya disalahgunakan sehingga menyebabkan ketagihan.
                Dadah mampu memusnahkan kebahagiaan hidup seseorang. Apabila seseorang menagih dadah, maka gelaplah masa depannya. Badan dan otaknya menjadi lemah kerana dadah meracuni tubuhnya. Hidupnya akakn sentiasa terseksa oleh rasa loya, pening, sakit perut, kekejangan, muntuh-muntuh dan pelbagai gejala lagi. Gejala yang paling dahsyat akibat penyalahgunaan dadah ialah sindrom kurang daya tahan melawan penyakit (AIDS). Puncanya bukan disebabkan dadah tetapi akibat jangkitan virus kurang daya tahan melawan penyakit (HIV) kerana berkongsi jarum suntikan sesame penagih.
                Penagih dadah dianggap sebagai bangkai bernyawa yang hidup terkapai-kapai. Tidak ada sesiapa yang ingin menjadi temannya. Mereka dianggap sampah masyarakat. Akibat pengaruh dadah juga, para penagih dadah akan hilaang harga diri dan kehilangan sifat-sifat kemanusiaan. Mereka juga sering berbalah, malah ada antaranya yang sanggup membunuh kerana berebutklan dadah. Selain itu, mereka juga mudah terjerumus ke dalam seribu satu macam kegiatan jenayah dan kemungkaran.
                Negara pula akan mengalami kerugian dari segi sumber tenaga manusia. Hal ini demikian kerana tenaga mereka tidak dapat digunakan untuk pembangunan negara. Disamping itu, tenaga para belia yang menagih dadah ini juga dapat digunakan untuk mempertahankan  negara. Sebagai akibatnya, pertahanan neagra mungkin menjadi lemah dan hal ini memungkinkan mana-mana kuasa asing melancarkan niat jahatnya terhadap negara kita. Dalam pada itu, masyarakat dan kerajaan terpaksa pula berbelanja besar untuk memberikan rawatan kepada para penagih dadah. Peruntukan terhadap pembangunan sosioekonomi negara terpaksa dikurangkan kerana terpaksa disalurkan usaha membiyai pembinaan serta pengurusan pusat-pusat pemulihan penagih dadah, melancarkan kempen antidadah dan sebagainya.
                Sesungguhnya, penyalahgunaan dadah banyak keburukkannya. Oleh sebab itulah, kerajaan menganggap dadah sebagai musuh utama negara dan melancarkan pelbagai kempen untuk membendung masalah penyalahgunaan dadah. Kita wajar menyokong segala usaha kerajaan demi keselamatan negara dan kesejahtaraan masyarakat umumnya.    
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Bahagian A(ii): Pemahaman

 

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

1. Apakah maksud frasa bangkai bernyawa yang hidup terkapai-kapai?                 (2 markah)                                                 

 

2. Berdasarkan petikan, nyatakan kesan penyakahgunaan dadah kepada negara?                        (4 markah)

                                                                                                                                                                           

 

3.  Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong para belia  terlibat dalam penyalahgunaan dadah?                                                                                  (4 markah)

  Latihan 5          : Bahagian A(i) : Ringkasan

Baca petikan di bawah  dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang  manfaat pembinaan lebuh raya di negara ini. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 

Text Box:             
Selaras dengan kepesatan pembangunan negara,banyak lebuh raya telah dibina di negara ini. Antaranya ialah Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Timur Barat, Lebuh Raya Lingkaran Tengah dan banyak lagi. Kebanyakan lebuh raya ini terletak di sekitar Lembah Kelang, Pulua Pinang dan Johor. Lebuh-lebuh raya ini diselenggarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan.
 
                Pembinaan lebuh raya dapat mengurangkan masa perjalanan dan seterusnya menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, dengan adanya Lebuh Raya Utara Selatan, perjalanan dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam hanya mengambil masa kira-kira 8 jam sahaja berbanding dengan 15 jam jika menggunakan jalan persekutuan. Dengan adanya lebuh raya, perjalanan pengguna tidak terganggu oleh lampu isyarat dan persimpangan yang terlalu banyak yang boleh melambatkan perjalanan. Pengguna akan menikmati keselesaan memandu di jalan  yang lebar dan luas.
 
                Pembinaan lebuh raya juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasrkan statistik kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia, kadar kemalangan maut di lebuh raya adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kadar kemalangan maut di jalan-jalan persekutuan. Lebuh raya menyediakan lorong-lorong untuk pemandu mengikut kelajuan masing-masing. Walaupun masih berlaku kemalangan lebuh  raya, tetapi puncanya lebih kepada kelalaian pengguna sendiri. Hal ini berbeza di jalan-jalan biasa yang bengkang- bengkok, banyak simpang dan sempit.
 
                Demi menjamin keselesaan pengguna, pelbagai kemudahan telah disediakan di lebuh raya. Antaranya ialah kawasan hentian rehat dan rawat (R&R). Di setiap hentian tersebut terdapat kemudahan restoran, tandas yang bersih  dan selesa, surau, pondok-pondok rehat dan stesen minyak. Dengan adanya kemudahan-kemudahan tersebut, pengguna lebuh raya dapat melepaskan penat semasa dalam perjalanan jauh. Terdapat juga kemudahan telefon kecemasan di sepanjang lebuh raya yang membolehkan pengguna mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan.
 
              n lebuh raya, secara tidak langsung akan menikmati peningkatan taraf sosioekonomi. Antaranya ialah mereka ben di kawasan yang disediakan. Pembinaan lebuh raya juga telah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk para belia yang tinggal di kawasan lebuh raya. Secara tidak lansung masalah penghijrahan golongan belia ke bandar dapat dikurangkan.
 
                Pembinaan lebuh raya banyak manfaatnya. Walaupun pengguna lebuh raya terpaksa membayar tol yang agak tinggi apabila menggunakan lebuh raya namun kita masih boleh berjimat dari segi penggunan bahan api dan juga masa perjalanan serta keselamatan. 
            
  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  Bahagian A(ii): Pemahaman

 

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

1. Apakah maksud frasa diselenggara oleh syarikat-syarikat konsesi?                                          (2 markah)                                                              

 2. Berdasarkan petikan, nyatakan empat kelebihan mengunakan lebuh raya.                                 (4 markah)

                                                                                                                                                                        

 3.  Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk mengatasi kemalangan jalan raya di lebuh raya dan di jalan-jalan persekutuan?                                                                                                                (4 markah)