Tindakan Ali yang menceritakan keburukan tingkahlaku abangnya samalah seperti
mengangkat bendera putih
tiada beban digalas
membuka pekung di dada
besar pasak daripada tiang
Mahani keberatan untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat kerana tidak mahu meninggalkan keluarganya lantas memberikan alasan. Keadaan ini samalah seperti
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
tidak ada rotan, akar pun berguna jugak
Ibrahim tidak bertegur sapa dengan adiknya disebabkan suatu perselisihan faham. namun, mereka akhirnya berbaik-baik semula. Hal ini dapat digambarkan seperti
Bagai hujan jatuh ke pasir
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya.
Peribahasa yang berikut menggambarkan sifat rajin kecuali
berkayuh sambil bertimba.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
sambil menyelam sambil minum air.
ke sungai sambil mandi.
Ketika menuntut di Australia, Al Sadi bekerja secara sambilan untuk membiayai pengajiannya. Keadaan ini boleh disamakan dengan
sambil menyelam minum air.
sambil berdendang biduk ke hilir.
berkayuh sambil bertimba.
belayar sambil menampan.
Penderitaan yang ditanggung oleh mangsa Tsunami di Indonesia amat berat dan meraih simpati masyarakat antarabangsa.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Sudah terhantuk baru terngadah.
Seperti aur ditarik songsang.
Walaupun Arif mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan, namun dia masih menganggur. Keadaan ini samalah dengan
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar tidak akan berbau.
tidak ada rotan, akar pun berguna.
kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.
Peribahasa yang berikut menunjukkan seseorang yang melakukan kerja yang sia-sia atau tidak berfaedah, kecuali
bagai mencari belalang di atas akar.
seperti aur ditarik songsang
seperti melurus ekor beruk.
bagai menghitung bulu kambing.
Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada keluarga yang miskin itu sememangnya amat diharapkan oleh mereka selama ini. Keadaan ini amat bersesuaian dengan peribahasa
untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
ada ubi ada talas, ada budi ada balas.
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
Sudah terhantuk baru terngadah. Peribahasa ini membawa maksud
bertindak dengan pantas apabila berhadapan dengan situasi yang mencemaskan.
berjaga-jaga tentang sesuatu perkara setelah mendapat masalah.
mendapat kerugian akibat tersilap dalam membuat perhitungan.
mengambil kesempatan atas kelemahan atau kecuaian orang lain.