|
Sekolah
Menengah Kebangsaan Tungku, Peti Surat 60847, 91117 Lahad Datu Sabah.
sabros@tm.net.my |
|
PANDUAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN ILMU |
|
PANDUAN PENGGUNAAN PORTAL ILMU GUIDES FOR USING THE WEB PAGES
Klik Sini Untuk Muat Turun Panduan Guna Website Portal ini amat sesuai untuk guru yang ingin mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Buat masa ini, portal ini hanya boleh digunakan oleh guru-guru bahasa Melayu. Sasaran utama portal ini ialah pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 6 sahaja. Walau bagaimanapun, webmaster akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini mata pelajaran yang lain dari masa ke semasa demi kepentingan pelajar. Para pendidik juga akan diberi pendedahan tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memberi pengajaran dengan lebih berkesan. 1.Untuk menyediakan banyak maklumat tambahan tentang mata pelajaran bahasa Melayu. 2. Membolehkan para pelajar mendapat nota-notanya ringkas dan padat serta senang diingat. 3.Soalan-soalan yang disediakan juga meliputi pelbagai topik/tajuk, termasuk ujian secara online. 4. Memberi peluang kepada pelajar agar mahir dalam teknik-teknik menjawab soalan dengan tepat. 5. Untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk bertanya secara online masalah pembelajaran. 3.0. Panduan dan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran. Mata Pelajaran: Bahasa Melayu PMR Tajuk (Title) : Penulisan Ringkasan ( Langkah-Langkah Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian ). Sasaran : Tingkatan 3 Tempoh Masa : 80 minit Sumber : Soalan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah Bahagian/Seksyen Dalam Laman Web: Gempur 1 Urutan Aktiviti Penggunaan Laman ( Panduan Satu )) Aktiviti Sebelum Kelas 1. Baca tutorial penggunaan gempur online laman portal ilmu ini ( 5 minit ) 2. Pelajar diminta membentuk kumpulan seramai 4 orang satu kumpulan ( 5 minit ) 3. Pelajar diminta melantik seorang ketua kumpulan bagi memudahkan urusan. Semasa kelas dijalankan
4. Pelajar diberi penerangan topik yang dibincangkan oleh guru. 5. Guru menjelaskan kehendak soalan dan format jawapan yang betul kepada pelajar. 6. Pelajar diberi peluang untuk mengemukakan sebarang soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan (10 minit) 7. Lawati laman web : http://www.smktunku.edu.my/gempur1 dan sila baca atau muat turun panduan menjawab menjawab ringkasan karangan dan soalan latihan. Sila jawab soalan latihan yang diberikan. a). Dapatkan 5 isi penting dalam bahan yang disediakan. ( 30 minit ) b). Jawab 3 soalan soalan pemahaman yang diberikan. ( 10 minit )
8. Sila muat turun jawapan yang disediakan dan buat perbandingan dengan jawapan pelajar ( 10 minit ) 9. Dapatkan ulasan atau komen guru ( 10 minit ) Aktiviti Selepas kelas. 10. Buat pembetulan dan bentangkan hasil perbincangan di dalam kelas yang akan datang. 4.0 Pendaftaran Secara Online. Untuk Guru. a. Para guru boleh mendaftar secara online untuk menjadi fasilitator kepada para pelajar masing-masing. Admin akan memberi akaun fasilitator kepada guru untuk mengakses segala maklumat dan menguruskan segala sesi pengajaran dan pembelajaran termasuk ujian secara online. b. Guru dikehendaki mendaftarkan emel yang sah dan memasukkan password masing-masing. Guru boleh menghubungi admin jika terdapat sebarang masalah. c. Para guru yang lain amat dialu-alukan untuk menjadi fasilitator kepada subjek masing-masing seperti Sejarah, Sains, Matematik dan sebagainya. Untuk Pelajar. a. Para pelajar boleh mendaftar secara online untuk menjadi pelajar secara talian dalam mata pelajaran masing-masing. Admin akan memberi akaun pelajar kepada para pelajar untuk mengakses segala maklumat dan menguruskan segala sesi pengajaran dan pembelajaran termasuk ujian secara online. b. Pelajar dikehendaki mendaftarkan emel yang sah dan memasukkan password masing-masing. Pelajar boleh menghubungi admin jika terdapat sebarang masalah. 5.0 Penggunaan Kuiz Peribahasa. a. Para pelajar boleh mengklik menu kuiz peribahasa. b. Selepas itu, para pelajar boleh memilih mana-mana jenis ujian atau kuiz yang disukai untuk dijawab secara talian. c. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 40 soalan peribahasa adalah sebanyak 1 jam. Para boleh mengetahui boleh mengetahui jumlah markah yang diperolehi setelah selesai menjawab soalan kuiz peribahasa secara online ini. d. Para pelajar boleh mencuba berulang-ulang untuk memantapkan lagi pemahaman dalam peribahasa Melayu. e. Para pelajar boleh meminta bantuan guru masing-masing atau menghubungi admin jika terdapat sebarang masalah. a. Para pelajar boleh memuat turun atau mendengar secara talian video berkaitan dengan tajuk atau mata pelajaran masing-masing. b. Tempoh masa untuk satu video hanya 5 minit sahaja. c. Para pelajar dinasihatkan supaya membawa nota atau menyalin isi-isi penting yang terkandung dalam video tersebut untuk menambahkan lagi pemahaman. Diharap para pelajar dapat mengisi buku pelawat dengan memberi komen membina untuk memperbaiki laman ini untuk kepentingan pengunjung lain. Untuk memudahkan pengunjung mengakses maklumat di laman ini, satu peta laman disediakan untuk memudahkan pencarian. Terima kasih. 5.0. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi webmaster di alamat berikut Sabri bin Che Seman 019-9199287 |
