Laman  Ilmu Bahasa

Peti Surat 60847, 91117 Lahad Datu Sabah.
Tel : 089-871101 Fax : 089-871102
Sebarang persoalan mengenai halaman web ini boleh dikemukakan kepada
webmaster menerusi e-mail :
sabros@tm.net.my
Copyright 2009 sabros. All rights reserved

Penafian: Web master adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sekian dan harap maklum.

hit counter


SELAMAT DATANG KE LAMAN BAHASA MELAYU. SATU MALAYSIA SATU UMMAH.SELAMAT MAJU JAYA 2012.

UPDATE

02 January, 2012 08:45:34 AM


::MAKLUMAN::
  • LAMAN WEB INI ADALAH SEBAHAGIAN PROJEK GURU CEMERLANG BAHASA MALAYSIA. DIHARAP DAPAT MEMBERI INFOMASI KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR.TERIMA KASIH.


  • :: Laman Bahasa ::
  • Laman ini dibina untuk membantu guru-guru Bahasa Melayu dan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Terima Kasih.
    :: MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG::
  • LAMAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE MASA.HARAP BERSABAR.TERIMA KASIH.
    ::PERINGATAN ::
  • KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3,5 DAN 6 ATAS 2012 MP BAHASA MELAYU, SILA GANDAKAN USAHA ANDA.TERIMA KASIH.
    ::UCAPAN::
  • SEMOGA BERJAYA DALAM PMR,SPM dan STPM 2012 KHUSUSNYA BAHASA MELAYU.
    ::UCAPAN::
  • SELAMAT TAHUN BAHARU 2012 KHUSUSNYA WARGA SMK TUNGKU LAHAD DATU.
  • SMK TUNGKU JOHAN PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU

    Pada 12 April 2011, SMK Tungku antara sekolah yang telah menyertai pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah Lahad Datu 2011. SMK Tungku  diumumkan sebagai  johan apabila berjaya mengalahkan SMK Agaseh Lahad Datu. Tahniah kepada Cikgu Nurfitrina selaku pengurus dan jurulatih pasukan pantun SMK Tungku. Dalam hal ini, walaupun SMK Agaseh kalah, namun saya kagum dengan kekuatan pasukan SMK Agaseh terutamanya pemantun yang kedua. SMK Tungku akan berusaha untuk bertanding ke peringkat Tenggara di Kunak pada pertengahan bulan Mei nanti. Doakan kami berjaya.

    PROGRAM GMG

    Program GMG ialah program Guru Membimbing Guru (GMG) adalah bertujuan untuk membantu guru-guru yang baharu atau guru-guru yang memerlukan bimbingan bagi meningkatkan dan memantapkan lagi pedagogi guru tersebut. Dalam erti kata lain, pengkongsian ilmu antara guru-guru yang berpengalaman dengan guru-guru yang baharu diharap dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru yang terbabit. Kepada guru-guru di bawah Bidang Bahasa SMK Tungku iaitu guru-guru Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Pengajian Am dan Bahasa Arab, sila muat turun jadual GMG ini. Kerjasama tuan/puan dalam didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Terima kasih kepada Cikgu Ho Fui Lu yang banyak membantu.SILA KLIK DI SINI

    Kemusykilan Bahasa Minggu Ini

     

     

    1.                   Perbezaan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya.

    Jawapan           :           Dalam bahasa Melayu, kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. Jadi, ejaan yang tepat ialah bandar raya.

    Namun, bagi kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah.Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan. 

    2.                  Apakah perbezaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ?

    Jawapan           :           Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. Manakala bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi sesebuah negara yang berdaulat.

     

    Soalan Peperiksaan PMR Sebenar 2005-2010

     

    Web master akan menyediakan soalan Bahasa Malaysia PMR yang sebenar bermula tahun 2005 hingga 2010. Diharap para pelajar dapat menguji kemahiran tatabahasa dan pengetahuan Bahasa Malaysia sebagai persediaan menghadapi Bahasa Malaysia PMR tahun 2011. Soalan ini hanya boleh dijawab secara online sahaja dalam masa yang telah ditetapkan. Laman ini  ini dikemaskini dari masa ke masa. Terima kasih menggunjungi laman ini.

    SILA KLIK DI PAUTAN INI UNTUK MENJAWAB SOALAN BM PMR YANG SEBENAR.

    Buku Panduan Pengurusan Sekolah SMK Tungku Lahad Datu

    Buku Panduan Pengurusan Sekolah ialah dokumen rasmi SMK Tungku yang digunakan pakai oleh guru-guru untuk menjalankan tugas masing-masing khususnya dalam bidang pentadbiran, Hal Ehwal Murid (HEM), Kokurikulum dan Majlis Tingkatan Enam. Buku panduan ini asalnya ditulis oleh Cikgu Sabri ( GC Bahasa Melayu) kemudian diteruskan oleh Cikgu Datu Ramli dengan beberapa penambahbaikan sesuai dengan tugasan semasa .guru. Pengetua SMK Tungku Encik Ng Kim Choy banyak memberi tunjuk ajar dan idea untuk memantapkan lagi kualiti Buku Panduan Pengurusan Sekolah ini.Klik sini untuk memuat turun buku pengurusan ini.
     

    Seminar Tora-Tora untuk guru-guru di daerah Lahad Datu yang diadakan di SMK Agaseh pada 16 April 2011 bermula jam 8.30 hingga 4.00 petang. Seminar ini dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu iaitu Puan Junainah Lo. Matlamat utama program ini ialah berkongsi maklumat antara guru sekolah menengah dalam mata pelajaran yang tertentu seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan sebagainya. Untk bahan Tora-Tora Bahasa Malaysia, SILA KLIK SINI