Laman Ilmu Bahasa

Peti Surat 60847, 91117 Lahad Datu Sabah.
Tel : 089-871101 Fax : 089-871102
Sebarang persoalan mengenai halaman web ini boleh dikemukakan kepada
webmaster menerusi e-mail : webmaster@smktunku.edu.my

sabros@tm.net.my
Copyright 2009 sabros. All rights reserved

Selamat Datang ke Laman Portal Ilmu.Diharap Para Pelajar Memperoleh Maklumat Berguna di Laman Ini.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU

 

 

Tema Persoalan Plot Watak Citra Masyarakat Teknik Pemerian
Nilai Kemanusiaan Unsur Islam Amanat/Mesej Nilai Masyarakat Soalan Petikan Sudut Pandangan

 

 

 

 

TEKNIK MENJAWAB  SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU

( Cerpen, Drama, Novel, Cereka Klasik )

 1. Tema – Persoalan Pokok/ Utama  Sesuatu Cerita.   

            - apa tema

            - siapa watak utama

            - apa yang berlaku

            - dimana dan bagaimana kesudahannya.

 

2. Persoalan  - Perkara Yang Disentuh Selain Persoalan Utama.            

            - persoalan percintaan

            - persoalan kehidupan

            - persoalan kemasyarakatan                .

            - persoalan keagamaan.

            - persoalan kekeluargaan.

 

Ke Atas

 

3. Plot  -Maksud - Jalan Cerita/Jalinan Cerita Hasil Rentetan Peristiwa Oleh Sebab Dan Akibat. 

            - Struktur plot-permulaan ( eksposisi ), perkembangan, kemuncak ( klimaks ),

               kesudahan ( penyelesaian ).

 

-Teknik Plot- cara pengarang mengembangkan plot- dialog, monolog, imbas

muka, imbas kembali, pemerian, kejutan, saspens, konflik.

 

 

 4.  Watak Dan Perwatakan.

 

- soalan tanya  watak shj- fizikal + sifat tanpa contoh

-soalan tanya watak dan perwatakan- fizikal + sifat + contoh sekali.

-jenis watak- watak utama ( protagonis), watak lawan ( antagonis), watak penting,

  watak  sampingan, watak statik.

 

* soalan perbandingan watak- mesti buat perbandingan terus / langsung.

 

            Cth  Ikram seorang yang baik hati dan penyayang manakala Ramli seorang yang  berhasad -dengki. Contohnya---------

 

 Ke Atas

 

5. Citra / Gambaran / Suasana  Masyarakat

            - masyarakat desa/kota

            - kegiatan ekonomi.

            - agama, adat resam.

            - unsur / sikap masyarakat baik atau jahat.

 

# Contoh jawapan- masyarakat yang digambarkan ialah  masyarakat desa  yang hidup aman damai dan saling bantu membantu dan masih berpegang pada adat resam. Umpamanya gambaran  kesatuan hati orang kampung  semasa menyambut kedatangan  pegawai daerah iaitu Encik Jalil serta Ikram ke Kampung Penarik dengan paluan kompang. Pendudukan kampung menjadikan pertanian sebagai punca rezeki mereka.

 

            Selain itu terdapat segelintir masyarakat  yang mementingkan kebendaan atau materialistik  serta  hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Ini dapat dibuktikan tindakan Tok Leman yang menipu tanah orang kampung terutamanya tanah ayah  Ikram.

 

 

 Ke Atas

6. Teknik Penceritaan / Pemerian. Isi jawapan ialah

 

* Dialog- definisi + contoh

* Monolog dalaman dan luaran – definisi + contoh.

* Imbas kembali-definisi + contoh

*Imbas muka- definisi + contoh

* Pemerian langsung- defenisi + contoh

 

 

 

7.  Nilai Kemanusiaan = Nilai murni  - nilai yang baik-baik sahaja.

            *  nilai mesti di hadapan.

            * Contoh –  Nilai kasih sayang, nilai tolong –menolong, nilai keberanian, nilai hormat-menghormati, nilai kejujuran, nilai kerajinan, nilai kesyukuran, dll

 

 Ke Atas

 

8. Unsur Islam- perkara atau unsur  yang berkaitan dengan agama Islam.

                 Contoh solat, berpuasa, menunaikan fardu haji dan sebagainya.

 

9. Amanat = Pengajaran = Mesej = Perutusan-  perkara yang dapat diambil tauladan

 

            *  Perkara suruhan-  Kita hendaklah, kita seharusnya, kita eloklah, mestilah dll.

            * Perkara larangan- Kita janganlah, kita usahlah, kita hindarilah dll

 

Cth- Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain supaya aman damai.

Cth- Kita janganlah bersikap tamak haloba dan dengki antara satu sama lain.

 

  

 Ke Atas

10. Nilai Masyarakat- Nilai Positif Dan Nilai negatif.

 

            * nilai masyarakat yang penyayang, nilai masyarakat yang prihatin dll

            * nilai masyarakat yang iri hati, nilai masyarakat yang tamak haloba dll

 

 

11. Soalan Petikan.- petikan diambil dari mana-mana cerpen, novel, drama, cerita klasik.

 

Contoh soalan yang sering ditanya ialah

 

* Siapakah yang menutur dialog di atas?

* Di manakah kata-kata itu diucapkannya?

* Bilakah kata-kata itu diucapkan.

* Apakah peristiwa yang menyebabkan kata-kata itu dituturkannya?

* Apakah peristiwa selanjutnya yang berlaku selepas itu?

* Huraikan gaya bahasa petikan tersebut?

* Jelaskan unsur pengajaran yang ada dalam petikan tersebut?

* Jelas dan huraikan watakwatak  tersebut?

 

 Ke Atas

 

12. Soalan Yang  Menanyakan Sudut Pandangan.

 

* Sudut Pandangan Orang Pertama- pengarang gunakan perkataan –Aku.

 

* Sudut pandangan Orang Ketiga- Tidak Terbatas- gunakan perkataan

                                                       dia / mereka( pengarang bertindak serba tahu semua

                                                         watak )

                                                      Terbatas- tumpuan lebih watak tertentu dan terbatas

                                                      pada watak lain.

 

* Sudut Pandangan Objektif- pengarang sampaikan cerita berdasarkan apa didengar dan

                                         dilihat.

 

 ### INGAT !!!!!  TANPA CONTOH TIADA MARKAH ######

 

 Ke Atas